Jumaat, 30 September 2011

Karaoke Time !

Nak pegi karok takde duit, so now tepat jam 3.24 petang, hari jumaat. Sesi meng-download lagu2 version karaoke untuk di-karok kan sebentar lagi didalam bilik yang cantik lagi menawan ini, haha. teruklah. Esok nak execise 'poco-poco' dengan budak bilik. Badan dah naik baru nak execise. Weh, berat dah naik 5kg oke ! Nasib baik tak gemok..sangat. hee. Exercise suara..mulut,kaki,pinggang,perut,badan..dll.


* Selamat mengkuruskan badan Farah & the roomate! ;)

Khamis, 29 September 2011

B E Y O N C E

Memula bukak youtube nak tengok video klip lagu On The Floor by J.Lo feat Pitbull lepastu macam tak best je bukak lagu Rain Over Me pulak. Boleh tahan lagu dia. Lepastu dah mengarut-ngarut bukak video Kelly Clarkson lah, Daughtry, Westlife and last Beyonce. Banyak pulak kat tepi2 tu kan lagu Beyonce ni keluar. Aku bukan taip nama dorang ni pun, keluar sendiri kat tepi tu so bukak jela. Beyonce punya lagu ni walaupun dah lama tapi masih baru lagi bagi aku. Sebab dulu buat dekk je bila lagu2 dia keluar kat radio kan,haha. Sekarang 'boleh tahan suara kak Beyonce ni eh' haha. dah sesi meng-download lagu2 dia. Padahal esok ada test ni tapi tak sedar diri lagi kan. Dok lagi ngadap lappy download lagu. farah-farah.. hee ;)

Pantun 4 kerat



kacau dodol didalam kawah.
dikacau olehnya ditepi kali,

Muka cantik tapi-tapi,
perangai tak kena dengan muka tu baik tak payah !

hujan lebat ada kilat petir,
sungai laut semua dah takde ikan,
sudah banyak saya bersabar,
tapi lelama makin melampau pulak korang kan ?

kanak2 main wau,
main wau dengan Nikita,
adakah anda tahu,
budaya kita wajah kita tau !

saya suka kumpul beg,
what u give u get back !

Haji Bakhil memang seorang yang kedekut,
duitnya itu hanya untuk membeli kekasihnya punya barang,
saya tahu saya bukan cam korang,
tapi harta dunia tak kekal lama kot.


Pembaca berita itu sedang mengelola,
mengelola majlis si Teruna & Dara,
semua yang buruk itu dari saya,
dan yang baik itu datangnya dari Allah swt.

Pak Pandir sedang mengelap,
mengelap cermin jiran punya kereta,
tanpa saya sedar mungkin saya banyak buat silap,
hanya sepohon kemaafan mohon dipinta :)

Mamat dilihat suka tuduh melulu,
akibatnya itu dia selalu dicerca,
dah lewat petang ni saya undur diri dulu,
terima kasih banyak2 sebab sudi membaca.

*pantun tak best tapi masih berkemampuan untuk memciptanya lagi, hee.

Selasa, 27 September 2011

Law lagi !

mula-mula bukan main cantik je tulisan. lelama dah macam cakar ayam ! bosan-bosan


yang ni dah tahap mengantuk yang amat sangat. act carta tu memanjang tapi disebabkan tak muat dah so aku pun tarik ke bawah. haha. memandai jee

No :)



Ni pertama kali saya buat kisah tentang soal hati & perasaan . selamat membaca. tak nak baca,takyah baca oke,hee.
Pertama sekali saya mintak maaf sebab buat awak dan awak dan awak semua terluka (mungkin) sebab saya. Kadang-kala saya tak sedar yang mungkin saya dah bagi harapan kat awak atas layanan saya terhadap awak semua. 

Tapi-tapi untuk awak, lepas apa yang jadi awak tak boleh salahkan saya totally sebab saya tak terima awak. Awak salahkan saya dan awak jadikan saya sebagai punca kenapa awak jadi 'nakal' sekarang. Awak permainkan perasaan perempuan atas alasan saya pernah mainkan perasaan awak dulu? Itu salah. Awak tak boleh paksa seorang perempuan untuk sukakan awak dan saya tak pernah mainkan perasaan awak act. Awak dah salah faham dengan saya sebenarnya.  Dan awak tak boleh setiap kali im dengan saya,awak nak marah-marah saya dan jadikan saya punca semuanya dan buat saya rasa bersalah atas apa yang dah berlaku. 

Dan awak pula, saya mintak maaf sebab tak terima awak jugak sebab awak terlalu baik untuk saya. Im not good girl. Saya banyak kekurangan. Nampak dasar, mungkin saya sempurna tapi tanpa awak sedar saya sememangnya tak sesempurna macam perempuan lain.

Easy to say NO than YES actually. 

Dan awak pulak,saya mintak maaf sebab tolak awak. sebab..saya tak layak lagi untuk semua ni. Macam orang lain jugak, you are too perfect for me :)

untuk awak jugak, tak boleh nak paksa seorang perempuan untuk terima awak. Dan awak tak boleh nak jadikan keadaan diri awak buat orang lain berbelah bahagi dengan awak. Saya mintak maaf. Saya mengaku saya memang kejam buat awak camtu. Saya tak layak jadi kekuatan awak.


Saya mintak maaf kalau layanan saya buat awak berbunga dengan saya, haha. Dan terima kasih untuk apa yang awak dan awak dan awak-awak lah dah bagi kat saya. hee. I'll appreciate it. Im sorry for all my wrongdoings ! saya doakan awak semua dapat jodoh/gF yang baik lagi solehah dari saya yang umpama hidup segan mati tak mahu ni, hee. 

dan..tak perlu kot nak doakan saya tak bahagia dengan future bf/husband saya akan datang. dan.....doakan semoga apa yang saya buat kat awak semua,jadi kat saya balik. seriously, im shocked with that. mungkin sebab tu saya masih single. saya tak pernah doakan yang buruk-buruk kat kawan-kawan saya. pls guys :(

Pls,dont keep your grudges toward me. saya ni manusia biasa. tak lari dari kesilapan. saya mintak maaf kalau layanan saya terhadap awak semua lepas ni hambar je. 


*selamat hari raya maaf zahir & batin.

Isnin, 26 September 2011

Dunia dan saya

"Dunia bakal berakhir pada tahun 2012" bla..bla..bla.. ini adalah petikan dari iklan syampu Pantene. Macam dah takde benda lain nak promote barang tu. Gunalah idea lain sikit ! Then haritu dalam kelas Institusi Islam,lecturer ada bagitahu mungkin akan ada perang dunia yang ke..4. kot lah. dah tak ingat. Pada tahun..2015 kot. tak ingat lah. Antara negara barat dan negara islam macam Turki. Even dorang punya pemimpin non muslim..tapi, majoriti rakyatnya adalah beragama islam. But, since ada rakyat Turki yang kena..apentah. dah tak ingat. terkorban kat negara barat sebab apentah kan. Tu sebab kemungkinan akan berlakunya perang dunia yang ke..tak tau ! btw, untuk pengetahuan korang Turki adalah salah satu negara yang paling kuat didunia. Yes, memang Amerika pegang PBB sekarang ni tapi ia cuma memonopoli dagangan je. not totally. Then, haritu ada berlaku gempa kat Bali kan? korang pernah terfikir tak kenapa? Bali tu tempat apa? Tempat pelancongan kan..famous dengan ke-sumer-annya, hee. orang islam pegi sana dah sah-sah tinggal apa je kat badan tu kan. of course lah pakai bikini dan yang lelaki maybe boxer ? entah. tak pernah pergi ke tempat yang kena naik flight. rumah je dekat dengan Klia,tapi pergi pun tak pernah. tapi-tapi,lalu pernah oke! hee. btw, ini cuma info yang aku dapat dalam kelas. bukan aku reka tau ! wallahualam..tak tau lah betul ke tak. kita sama-samalah doakan supaya dunia ni sentiasa aman. and no more war. peace,no war ! 


*maaf kalau hasil nukilan ni menyentuh sesiapa dan mintak maaf jugak kalau saya salah ! :)




kisah aku harini? hm..pagi-pagi dah buat 'toyol' untuk test II. kononnyalah ! yang aku pulak tak bawak hp pergi kelas then tunggu lecturer tak sabar ni nak jawab test. lastly takde pulak. balik-balik tengok hp, lecturer dah awal-awal mesej bagitau takde kelas. padan muka.. sanggup tu tadi dalam bas pening-pening tu buat 'toyol'. haih! Farah-farah..haha. Then time audit pulak duduk sikit punya depan lecturer ni, selamber badak je kan tidur. gambel lah! haha. Then, macam perasan budak-budak ni dok tergelak, tersengih-sengih tak boleh jadi ni. Asyik jadi bahan gelak je kan. ish. mesej Fatin, "ten,jom pegi cafe teman aku pegi beli makanan. kau teman je aku. tapi biar aku keluar dulu" message sent! then, aten kat sebelah sana dah terangguk-angguk tanda OK! aku faham tau body languange ni, haha. Aku pun keluar lah di ikuti ngan aten. aku beli nasi dengan ayam masak kari. aten beli samosa je. nak cover makanan yang aku bungkus ni,aku suruh Rajen jagakan sebab dia ponteng kan kelas audit ni. Siapa suruh ponteng? kan dah kena jaga makanan aku,haha. yang samosa aten tu kitorang dah melantak masa tengah jalan lagi. Teruk kan? iskiskisk. hee. Bukan teruk sebenarnya..tapi tak tahan kot. kelas habis ikut waktu ngamsai tu. Mana tak gemah-gemalai masing-masing. then,masa ambik nasi group Rajen tu boleh pulak ber'love' u,miss u pulak ngan aku. aku sesepak sorang-sorang kang baru tahu. ganas kan? haha. Oke,dah pukul 3. nak lunch! kelaparan melanda,hee. terima kasih kerana sudi membaca !  :)

Sabtu, 24 September 2011

Last but not least

oke. harini sebak,sedih,hiba. tapi-tapi ! tak menangis pun oke.. salah satu sebab baju kurung berlubang harini terkena paku kat dinding masa otw nak duduk. baju raya tu ! waa,huhu. then yg utamanya..sebab harini hari terakhir kitorang handle asrama dan melepaskan jawatan masing2 kepada ahli jawatankuasa yang baru. Actually bukan gila kuasa pun tapi macam sedih sebab dah tak boleh lepak kat office, gosip-gosip pasal bebudak ni. haha. teruk-teruk ~
lucky draw,beli 1 so dapat pun 1 lah kan. then,ada souvenier untuk kami dari warden. terima kasih :)
btw, walaupun aku tinggal 1 sem je lagi kat asrama ni (insyaAllah) dah sebak sikit kan,huhu. tu belum lagi betul-betul nak berpisah, untuk last sem tahun depan. huu ~
oke,fokus untuk semester ni dan semester depan. aja-aja fighting ! hee ^_+
apa-apa pun untuk yang baca hasil nukilan ni dan merupakan student APUM, kat sini saya nak mintak maaf atas segala kekurangan saya. tertegur,termarah,terjeling dan semuanya lah. saya tahu saya tak dapat jalankan tanggungjawab dengan sempurna tapi hanya ini yang saya mampu. insyaAllah barisan AJK baru akan memperbaiki balik apa yang kami kurang tahun ni. harap korang semua dapat bagi kerjasama yang baik pada mereka. sama jugak macam saya,hee. dan untuk AJK baru ni,saya harap korang dapat perform yang terbaik dan lebih baik dari kitorang semua. so good luck guys ! :) 


*saya mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki tau-tau awak semua !