Isnin, 17 September 2012

HIJAB

dulu masa aku kerja, ada seorang customer ni. lelaki,italian kalau tak silap aku. sebab dari segi dia cakap macam ada sleng itali sikit. dia panggil aku ajak berbual,disebabkan dia customer yang dah tua, dan kebetulan aku pulak yang serve dia,aku pun pergi. dia tanya aku ni local ke, asal mana apa semua. then dia tetiba cakap ngan aku yang '................and i hate the woman that wear hijab like that' sambil tangan dia tunjuk kat arah salah seorang staf SR kat situ. aku pun pelik dan agak terkejut dengan apa yang dia cakap dan aku pun tanya la kenapa kan. then dia cakap dia memang tak suka perempuan yang pakai hijab, tak cantik katanya. dan aku mestila bekap staf tu. aku cakap, cantik apa..nampak ayu apa semua. dan aku dengan kemalasan untuk melayannya aku pun bla cakap yang aku banyak kerja. haihhhh!
 
*bila dah kat negara orang tu,tolong la jaga budi bahasa tu sikit !

0 ulasan: