Isnin, 17 September 2012

HIJAB

dulu masa aku kerja, ada seorang customer ni. lelaki,italian kalau tak silap aku. sebab dari segi dia cakap macam ada sleng itali sikit. dia panggil aku ajak berbual,disebabkan dia customer yang dah tua, dan kebetulan aku pulak yang serve dia,aku pun pergi. dia tanya aku ni local ke, asal mana apa semua. then dia tetiba cakap ngan aku yang '................and i hate the woman that wear hijab like that' sambil tangan dia tunjuk kat arah salah seorang staf SR kat situ. aku pun pelik dan agak terkejut dengan apa yang dia cakap dan aku pun tanya la kenapa kan. then dia cakap dia memang tak suka perempuan yang pakai hijab, tak cantik katanya. dan aku mestila bekap staf tu. aku cakap, cantik apa..nampak ayu apa semua. dan aku dengan kemalasan untuk melayannya aku pun bla cakap yang aku banyak kerja. haihhhh!
 
*bila dah kat negara orang tu,tolong la jaga budi bahasa tu sikit !

meriahuoll !

sedih? bosan?? Jom kita pergi blog http://meriahuoll.blogspot.com/ . kelakar habis ok! bukannya aku sokong dia kutuk2 orang, tapi sebenarnya ada betulnya jugak apa yang dia tulis tu. contoh macam artikel dia pasal DUCK FACE tu.aku pun menyampah ok! HAHA. lagi pasal k-pop.. dan lelain lagi.
 *selamat membaca :)

Ahad, 16 September 2012

BERUBAH

HIPOKRIT! tu kot perkataan yang sesuai untuk aku. tapi aku hipokrit dari segi pemakaian. yes,aku dulu bertudung atas sebab peraturan kolej, asrama, dll. tapi peraturan Allah? :) aku sedar semua tu. aku sendiri xtau kenapa aku ni susah sangat nak berubah. kat fb, twitter, tagged semua pic aku bertudung,tapi hakikatnya.? HAHA. pernah aku letak DP pic free hair,tapi aku rasa lain, so aku tukar balik DP bertudung. aku rasa sekarang kot masanya untuk aku berubah ke arah yang lebih baik. umur pun dah meningkat, so apa yang kurang dalam diri aku mungkin aku kena perbaiki. InsyaAllah..permudahkanlah segala urusan aku Ya Allah.
 
*semoga aku ada kekuatan dan iman yang kuat untuk teruskan niat aku ni. doakan la yang bebaik untuk aku. tq :)

Sabtu, 15 September 2012

KONVOKESYEN

seronok bila dah habis belajar then perkara paling kita tunggu adalah meraikan kejayaan tersebut bersama ibubapa, tenaga pengajar dan kawan ! dan sebuah konvokesyen dimana bukti kejayaan yang telahpun kita perolehi. tapi..sedih bila tak dapat meraikan majlis tersebut kan? berat hati ni untuk mengatakan tidak tapi berat mata memandang,berat lagi bahu memikul. SEDIH. kenapa tak pergi konvo? itu RAHSIA

p/s:selamat meraikan majlis konvo guys! tahniah :))

Khamis, 13 September 2012

Flash Back

Adakah korang menyesal dengan sesuatu yang telahpun korang buat? Pernah kan. samala kita. For the truth based on my experience ialah memang salah aku sendiri bila aku terpaksa desak setiap masa kat ex-bf aku. ter-paksa ok,bukan sengaja. tapi nak jadikan cerita memang salah aku sebab aku da tau bf aku sibuk tapi aku desak dia jugak untuk buat sesuatu (yang ni, rahsia. sebab boleh nangis kalau cerita. HAHA) At the end, break off sebab masing-masing 'api'. takde salah seorang pun yang boleh jadi 'air'. sangat sedih. kenapa x selamatkan? hmm..sebab..entahla. dah cuba kot,tapi can not go bak kata omputih. haha. then menyesal x sudah. andai kata masa boleh diundur, insyaAllah aku xkn jadi panas baran lagi dan..aku akan lebih memahami si dia yang akan datang, hee. pray of me !

 *moral kat sini ialah bertindak guna OTAK, bukan HATI. pengajaran untuk diri sendiri jugak :)

Selasa, 11 September 2012

Secret Recipe

 
Hi there. Dulu kerja kat Secret Recipe. Bila tengok orang post kononnya makan kek kat SR, tetiba rasa rindu pulak nak potong kek, touch-up kek tu semua, tolong crew lain kat floor, curi-curi makan, dll. HAHA. Ingat senang ke kerja kat SR ni? susah ok. Mesti korang ingat kitorang buat kek ape semua kan? tak laa. kek ni memang datang dari stor dah siap ada. cuma ada beberapa jenis kek yang kita kena touch-up kan macam BlackForest Cheese, BlackForest, Absolute Chocolate, Yogurt Cheese, dll. Ada cara nak potong kek ni,bukan yang macam kita selalu buat main potong je kan? tak..tapi tak susah pun,senang je. cuma leceh jela. ha! untuk brownies pun kita kena touch-up jugak kecuali brownies Vienna sahaja. Untuk makanan yang beratII tu sebenarnya bukan budak kitchen masak pun. Just panaskan je sebenarnya. Ada sesetngah dorang kena masak. Ok,kita cerita lebih pada kek ok sebab aku keje cashier dulu bahagian depan untuk cover kek dan brownies. Tapi kadang-kadang kena dok kat Barista jugak. ahha. Untuk kek yang paling famous,ang selalu customer mintak ialah kek Chocolate Indulgence. Rasanya macam ais-krim la lebih kurang. Lagi satu dengan Chocolate Banana. Untuk cheese kek pulak x tentu tapi selalu customer mintak Creme Brule Cheese dengan New York Cheese. Dulu ada Classic Cheese tapi xtau la kenapa ianya discontinue-kan. sedap jugak Classic Cheese tu sebenarnya. pelik-pelik. mungkin sebab susah kot nak buat kek tu. Untuk brownies haruslah Carrot Slice ! haha. aku pun suka brownies tu. tapi kalau nak lagi sedap mintak cashier tu panaskan brownies. memang ada ummph! HAHA. okela, sampai sini je. daa!
 
*Terima kasih kerana sudi baca, hee
 
 

Isnin, 10 September 2012

K A Y A P !

kayap? korang tau tu apa. bagi kefahaman aku sendiri, kayap tu sejenis penyakit yang gatal-gatal macam kena gigit semut,nyamuk dll. kayap ni sendiri aku TENGAH menanggungnya. dua kali dah aku kena kayap ni. mak aku cakap kayap ni ada banyak jenis. kali ni aku kena kayap ular. ekkkk. dy melilit halus je. kat dua belah tangan pulak tu. bila garu,pedih ok. macam kena toreh ngan pisau. yang kali pertama tu kayap ape ntah,tapi yang tu teruk jugak. kayap tu tebal. mak aku cakap lagi,kayap ni bahaya. boleh bawak maut ! jangan sampai kayap ni bebetul melilit tempat yang korang kena tu. kalau da kena kayap tu cepat-cepat la pegi berubat. mintak air penawar then pegila farmasi atau klinik memana. sekarang ni, alhamdulliah makin okela kot. tapi sebelah pergelangan tangan ni macam tinggal kesan je sebab da ter-garu. tak sedar kot,huhu. ok,ni saja info yg dapat diberikan. daa!

Jumaat, 7 September 2012

Hi Back !

wau, lamanya tak update blog! hee. kesibukan melanda. menganggur..kerja..menganggur balik !
kerja apa? kerja kat Secret Recipe di KLIA as service crew. oke,not bad. tapi,penat. so berhenti duduk rumah cari kerja lain. haha. btw, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN semua.
*cam da malas je nak update blog. kalau rajin,sy tulis lain pulak eh. hee