Nasi Jagung. Rendang Daging. Soup Plum with pearl. Milk Tea Chocolate with pearl. Mc'D Mc Chiken Large. burpp ! Alhamdulillah.. hee. habis hilang vage aku,haha. tadi lepak ngan wani. gosip ! haha. Then..aku cakap ngan dy ' sebelum aku grad,aku nak ada boyfie..sebab nanti aku nak bawak boyfie aku tu pegi konvo aku kat johor untuk jaga adik2 aku kat luar dewan tu nanti. mama ngan ayah aku nak bawak masuk la ! haha. takdelah..sebab aku nak bawak boyfie aku dinner konvo aku nanti' hee. so guys, im ready for hurt again. hahaha. memang silap besar lah kau nak sakitkan hati aku kan wahai bakal boyfie. btw, sy memang dah ready untuk couple :) u guys can request relationship with me. itupun kalau malu nak luahkan perasaan la kan. tapi, i love gentleman ! hee. GL!
okebai ! :)
Ahad, 9 Oktober 2011
ALHAMDULILLAH
Khamis, 6 Oktober 2011
Dari ringan2 ke berat2 !
Sepasang kekasih
sedang hangat bercinta
hingga lupa harga diri.
Bila dah puas..
inilah hasilnya.
2 nyawa 1 jiwa.
Nafsu tinggi, tapi akal pendek. Bayi ni tak bersalah !
Kemudian, ditambah lagi dengan dosa yang lain..
Bodoh ! Pandai buat pandai tanggung lah !
Astaghfirullahalazim
Ya Allah..ampunilah dosa-dosa mereka
Tahukah anda, jika anda masih meneruskan untuk menjalani kehidupan bersama dengan bayi anda..mungkin :-
Bayi anda secomel ini & dapat menjadi kekuatan pada diri anda.
Mungkin bayi ini dapat melindungi anda dari dihina masyarakat sekeliling?
Mungkin juga bayi ini jika dulu anda malu dengan kehadirannya,tapi akan datang anda bangga dengan kejayaannya ??
Atau mungkin bayi ini juga dapat menjaga anda ketika anda sudah tua
Dan mungkin pasangan anda akan kembali ke pangkal jalan dengan kehadirannya..who know
Salah satu tanda nak kiamat ialah apabila semakin ramai ibu yang sanggup membuang anaknya.
Dah banyak pahala ke? hm. Tepuk dada,tanya iman. Kalau rasa tak sanggup nak jaga bayi tu, bagila orang lain. Tolonglah jangan buang guys. Kesian bayi tu. Macam mana mak korang tak buang korang,camtu jugaklah korang JANGAN buang bayi korang tu. Dan macam mana mak, ayah korang menjalinkan sesuatu hubungan yang halal, macam tu jugaklah korang. Menjalin hubungan yang halal itu adalah hubungan yang paling direstui oleh Allah swt. Tak terlambat lagi nak berubah. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk semua orang. Please lah korang. Couple okela, but janganlah baru couple dah tinggal serumah, having sex etc. Itu namanya dah macam husband & wife. Kalau dah desperate sangat, nikah gantung la. Akad nikah tu adalah yang paling wajib.
* zina (dosa) + buang anak dll (dosa). Ada pahala tak? Nak jadi isi syurga @ neraka? jawab dalam hati.. tak terlambat lagi ok :)
Rabu, 5 Oktober 2011
Manusia
Aku pelik la dengan manusia zaman sekarang ni. Kau cakap pandai. Berdakwah kat FB kemain lagi. Tapi pegi wall kau, tengok gambar kau dengan BF kau kemain mesra alam lagi. Itu,lantak la kan. Kau free hair tapi kau buat status pasal dosa2 dan yang seangkatan dengannya pasal perempuan yang tak pakai tudung. Sangan pelik dan ganjal lagi meluat oke ! Then yang kau pulak, kemain desperate dengan GF kau sampai gambar korang berlatar belakangkan pakaian dalam wanita pun kau boleh jadi ambik ! weh, malulah sikit. Kita ni orang melayu,ada adab lah ! Dulu kat sekolah, aku rasa kau lah lelaki yang aku boleh respect lagi, sekarang ni tidaklah kan. Manusia cepat berubah kan? hm. Siap cakap kat FB yang kau really need kitab Injil. For what? Walaupun kau takde kena mengena ngan aku, tapi seyes aku sedih ngan sikap orang melayu zaman sekarang ni. Maaflah kalau korang ni terasa. Aku mengaku aku ni takdelah sempurna sangat, dan aku memang bukan gadis yang baik sangat pun. I admite that. Tapi.. beragak la. Nanti kalau orang cakap kau hipokrit,kau marah. Kubur memang lain2,tapi nanti yang kebumikan kau tulah orang lain, baca talkin untuk kau tula orang lain, yang sembahyangkan kau tula orang lain jugak. Cuba kalau mak ayah korang bukak FB korang then dorang tengok perangai anak dia ni camne. Subhanallah..Fikir2 kan lah apa yang aku cakap ni.
* Mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki -__-
Exam !
Jadual exam dah keluar. Pelik. Sebab awal pulak keluar,biasanya dah nak study week baru jadual exam keluar.Oke, memandangkan paper aku start 9th Nov. so aku punya study week lebih kurang dalam 2 minggu. Yes ! hohoo. tak sabar nak balik ni. Dah berapa lama tak balik rumah ni. Tapi malangnya, paper law aku tu adalah last day exam. Harap2 la ada orang kat hostel,kalau takde. Like usual. Memang aku tak tido la jawabnya. Mau pukul 4,5 pagi baru tido. ergh ! Oke, Farah this your second final so good luck ! All the best. Naikkan pointer, taknak turun dah. Pointer asyik turun je, banyak main lagi ! Make your parents proud with you Farah. tak dapat Dekan pun takpelah, jangan pointer kau memberangsangkan ! aminn..
* doakan kejayaan saya oke? Terima kasih :)
Selasa, 4 Oktober 2011
I.T
Secara jujurnya aku cakap, aku ada tweeter,tapi sumpah aku tak reti guna ! hee. Snaptu?? menatang apetu. cam best je bunyi ia. YM? dah kena block kot..dah lama x bukak. nak bukak haritu,sekali lupa password. memang bye2 la. Nasib baik gmail x lupa. um..skype? ada..masih berfungsi cuma not in progress je. eh? sama jelatu kan?aha. Maksudnya..jarang la bukak skype, sebab takde siapa nak skype ngan aku. sedih :(
FB pulak? memang hari2 tak lupa nak study muka buku tersebut. *skemanya ayat,hee.
Blog? Dulu tak reti tau nak buat layout, isi semua bendalah ni. Tapi berkat kawan2 aku yang tolong, menjadi jugak blog ni. hee. kerja aku sekarang cuma update blog je. kalau nak ubah apa2, assistant tak bergaji ada, haha. Canggih betul zaman sekarang ni. semuanya dihujung jari je. dasat-dasat..
*kelaparan melanda. walaupun aku dah bedal 4keping roti malam ni, tapi perut aku masih berbunyi. urgh! SABAR Farah !
Menu Harini
Tengok je bungkusan tu dah kenyang. Nasi, sayur kangkung, kobis, tauhu jepun, dan tempe.Takde selera. Oke, pindahkan kat pinggan biasa makanan ni. Memang bertimbun ! Tapi..tak habis pun, sayang kan. Suku pun tak sampai lagi dah buang nasi tu. Serius rasa nak termuntah tengok. Aku rasa kalau aku kena vage hari2 mahunya boleh terkeluar isi perut ni. Ok,lets try another diet. Um..aku rasa aku nak try makan tepung jela,haha. Jadi orang Italy. Makan gandum. Roti, pizza, sandwich..dll. Boleh try, maybe mujarab kot. huhu. Rindu...ayam, ayam, ayam dan ayam !
*GL Farah..u can do !
Lukisan 'abstrak' !
sebelum..
selepas..Astaghfirullah..
Lukisan ni semua ada kisah tersendiri. Hasil tangan dari 2 orang Hamba Allah. Siapa? Adalah..haha. Aku dan chapik hussein punya keje lah ! baby punya budak. Elok2 aku lukis gambar bendera, bangunan dengan orang tu je. yang lain tu semua dia yang lukis sambil bercerita cerita dia yang bebudak tu. Takde keje punya pasal. Kelas pukul 11.30 tapi pukul 8 dah sampai kolej. Inilah hasilnya..
Langgan:
Catatan (Atom)
























