Jumaat, 30 September 2011

Bored !

Malam weekend. Malam sabtu. 1.21 am.
Semua tengah bergayut.
Aku? layan lagu2 zapin pulak malam ni. hurm.
Untunglah org ada boyfie, hee.
Hp kredit dah expired. Duit dalam tu banyak lagi, tapi tak guna pun.
Bila hp nak bunyi mesej ni..huhu
Tadi call mama dengan ayah. Hilang bosan kejap.
Okelah, teruskan meneroka dunia siber ni. hee


*selamat semua :)



Karaoke Time !

Nak pegi karok takde duit, so now tepat jam 3.24 petang, hari jumaat. Sesi meng-download lagu2 version karaoke untuk di-karok kan sebentar lagi didalam bilik yang cantik lagi menawan ini, haha. teruklah. Esok nak execise 'poco-poco' dengan budak bilik. Badan dah naik baru nak execise. Weh, berat dah naik 5kg oke ! Nasib baik tak gemok..sangat. hee. Exercise suara..mulut,kaki,pinggang,perut,badan..dll.


* Selamat mengkuruskan badan Farah & the roomate! ;)

Khamis, 29 September 2011

B E Y O N C E

Memula bukak youtube nak tengok video klip lagu On The Floor by J.Lo feat Pitbull lepastu macam tak best je bukak lagu Rain Over Me pulak. Boleh tahan lagu dia. Lepastu dah mengarut-ngarut bukak video Kelly Clarkson lah, Daughtry, Westlife and last Beyonce. Banyak pulak kat tepi2 tu kan lagu Beyonce ni keluar. Aku bukan taip nama dorang ni pun, keluar sendiri kat tepi tu so bukak jela. Beyonce punya lagu ni walaupun dah lama tapi masih baru lagi bagi aku. Sebab dulu buat dekk je bila lagu2 dia keluar kat radio kan,haha. Sekarang 'boleh tahan suara kak Beyonce ni eh' haha. dah sesi meng-download lagu2 dia. Padahal esok ada test ni tapi tak sedar diri lagi kan. Dok lagi ngadap lappy download lagu. farah-farah.. hee ;)

Pantun 4 kerat



kacau dodol didalam kawah.
dikacau olehnya ditepi kali,

Muka cantik tapi-tapi,
perangai tak kena dengan muka tu baik tak payah !

hujan lebat ada kilat petir,
sungai laut semua dah takde ikan,
sudah banyak saya bersabar,
tapi lelama makin melampau pulak korang kan ?

kanak2 main wau,
main wau dengan Nikita,
adakah anda tahu,
budaya kita wajah kita tau !

saya suka kumpul beg,
what u give u get back !

Haji Bakhil memang seorang yang kedekut,
duitnya itu hanya untuk membeli kekasihnya punya barang,
saya tahu saya bukan cam korang,
tapi harta dunia tak kekal lama kot.


Pembaca berita itu sedang mengelola,
mengelola majlis si Teruna & Dara,
semua yang buruk itu dari saya,
dan yang baik itu datangnya dari Allah swt.

Pak Pandir sedang mengelap,
mengelap cermin jiran punya kereta,
tanpa saya sedar mungkin saya banyak buat silap,
hanya sepohon kemaafan mohon dipinta :)

Mamat dilihat suka tuduh melulu,
akibatnya itu dia selalu dicerca,
dah lewat petang ni saya undur diri dulu,
terima kasih banyak2 sebab sudi membaca.

*pantun tak best tapi masih berkemampuan untuk memciptanya lagi, hee.

Selasa, 27 September 2011

Law lagi !

mula-mula bukan main cantik je tulisan. lelama dah macam cakar ayam ! bosan-bosan


yang ni dah tahap mengantuk yang amat sangat. act carta tu memanjang tapi disebabkan tak muat dah so aku pun tarik ke bawah. haha. memandai jee

No :)



Ni pertama kali saya buat kisah tentang soal hati & perasaan . selamat membaca. tak nak baca,takyah baca oke,hee.
Pertama sekali saya mintak maaf sebab buat awak dan awak dan awak semua terluka (mungkin) sebab saya. Kadang-kala saya tak sedar yang mungkin saya dah bagi harapan kat awak atas layanan saya terhadap awak semua. 

Tapi-tapi untuk awak, lepas apa yang jadi awak tak boleh salahkan saya totally sebab saya tak terima awak. Awak salahkan saya dan awak jadikan saya sebagai punca kenapa awak jadi 'nakal' sekarang. Awak permainkan perasaan perempuan atas alasan saya pernah mainkan perasaan awak dulu? Itu salah. Awak tak boleh paksa seorang perempuan untuk sukakan awak dan saya tak pernah mainkan perasaan awak act. Awak dah salah faham dengan saya sebenarnya.  Dan awak tak boleh setiap kali im dengan saya,awak nak marah-marah saya dan jadikan saya punca semuanya dan buat saya rasa bersalah atas apa yang dah berlaku. 

Dan awak pula, saya mintak maaf sebab tak terima awak jugak sebab awak terlalu baik untuk saya. Im not good girl. Saya banyak kekurangan. Nampak dasar, mungkin saya sempurna tapi tanpa awak sedar saya sememangnya tak sesempurna macam perempuan lain.

Easy to say NO than YES actually. 

Dan awak pulak,saya mintak maaf sebab tolak awak. sebab..saya tak layak lagi untuk semua ni. Macam orang lain jugak, you are too perfect for me :)

untuk awak jugak, tak boleh nak paksa seorang perempuan untuk terima awak. Dan awak tak boleh nak jadikan keadaan diri awak buat orang lain berbelah bahagi dengan awak. Saya mintak maaf. Saya mengaku saya memang kejam buat awak camtu. Saya tak layak jadi kekuatan awak.


Saya mintak maaf kalau layanan saya buat awak berbunga dengan saya, haha. Dan terima kasih untuk apa yang awak dan awak dan awak-awak lah dah bagi kat saya. hee. I'll appreciate it. Im sorry for all my wrongdoings ! saya doakan awak semua dapat jodoh/gF yang baik lagi solehah dari saya yang umpama hidup segan mati tak mahu ni, hee. 

dan..tak perlu kot nak doakan saya tak bahagia dengan future bf/husband saya akan datang. dan.....doakan semoga apa yang saya buat kat awak semua,jadi kat saya balik. seriously, im shocked with that. mungkin sebab tu saya masih single. saya tak pernah doakan yang buruk-buruk kat kawan-kawan saya. pls guys :(

Pls,dont keep your grudges toward me. saya ni manusia biasa. tak lari dari kesilapan. saya mintak maaf kalau layanan saya terhadap awak semua lepas ni hambar je. 


*selamat hari raya maaf zahir & batin.

Isnin, 26 September 2011

Dunia dan saya

"Dunia bakal berakhir pada tahun 2012" bla..bla..bla.. ini adalah petikan dari iklan syampu Pantene. Macam dah takde benda lain nak promote barang tu. Gunalah idea lain sikit ! Then haritu dalam kelas Institusi Islam,lecturer ada bagitahu mungkin akan ada perang dunia yang ke..4. kot lah. dah tak ingat. Pada tahun..2015 kot. tak ingat lah. Antara negara barat dan negara islam macam Turki. Even dorang punya pemimpin non muslim..tapi, majoriti rakyatnya adalah beragama islam. But, since ada rakyat Turki yang kena..apentah. dah tak ingat. terkorban kat negara barat sebab apentah kan. Tu sebab kemungkinan akan berlakunya perang dunia yang ke..tak tau ! btw, untuk pengetahuan korang Turki adalah salah satu negara yang paling kuat didunia. Yes, memang Amerika pegang PBB sekarang ni tapi ia cuma memonopoli dagangan je. not totally. Then, haritu ada berlaku gempa kat Bali kan? korang pernah terfikir tak kenapa? Bali tu tempat apa? Tempat pelancongan kan..famous dengan ke-sumer-annya, hee. orang islam pegi sana dah sah-sah tinggal apa je kat badan tu kan. of course lah pakai bikini dan yang lelaki maybe boxer ? entah. tak pernah pergi ke tempat yang kena naik flight. rumah je dekat dengan Klia,tapi pergi pun tak pernah. tapi-tapi,lalu pernah oke! hee. btw, ini cuma info yang aku dapat dalam kelas. bukan aku reka tau ! wallahualam..tak tau lah betul ke tak. kita sama-samalah doakan supaya dunia ni sentiasa aman. and no more war. peace,no war ! 


*maaf kalau hasil nukilan ni menyentuh sesiapa dan mintak maaf jugak kalau saya salah ! :)




kisah aku harini? hm..pagi-pagi dah buat 'toyol' untuk test II. kononnyalah ! yang aku pulak tak bawak hp pergi kelas then tunggu lecturer tak sabar ni nak jawab test. lastly takde pulak. balik-balik tengok hp, lecturer dah awal-awal mesej bagitau takde kelas. padan muka.. sanggup tu tadi dalam bas pening-pening tu buat 'toyol'. haih! Farah-farah..haha. Then time audit pulak duduk sikit punya depan lecturer ni, selamber badak je kan tidur. gambel lah! haha. Then, macam perasan budak-budak ni dok tergelak, tersengih-sengih tak boleh jadi ni. Asyik jadi bahan gelak je kan. ish. mesej Fatin, "ten,jom pegi cafe teman aku pegi beli makanan. kau teman je aku. tapi biar aku keluar dulu" message sent! then, aten kat sebelah sana dah terangguk-angguk tanda OK! aku faham tau body languange ni, haha. Aku pun keluar lah di ikuti ngan aten. aku beli nasi dengan ayam masak kari. aten beli samosa je. nak cover makanan yang aku bungkus ni,aku suruh Rajen jagakan sebab dia ponteng kan kelas audit ni. Siapa suruh ponteng? kan dah kena jaga makanan aku,haha. yang samosa aten tu kitorang dah melantak masa tengah jalan lagi. Teruk kan? iskiskisk. hee. Bukan teruk sebenarnya..tapi tak tahan kot. kelas habis ikut waktu ngamsai tu. Mana tak gemah-gemalai masing-masing. then,masa ambik nasi group Rajen tu boleh pulak ber'love' u,miss u pulak ngan aku. aku sesepak sorang-sorang kang baru tahu. ganas kan? haha. Oke,dah pukul 3. nak lunch! kelaparan melanda,hee. terima kasih kerana sudi membaca !  :)

Sabtu, 24 September 2011

Last but not least

oke. harini sebak,sedih,hiba. tapi-tapi ! tak menangis pun oke.. salah satu sebab baju kurung berlubang harini terkena paku kat dinding masa otw nak duduk. baju raya tu ! waa,huhu. then yg utamanya..sebab harini hari terakhir kitorang handle asrama dan melepaskan jawatan masing2 kepada ahli jawatankuasa yang baru. Actually bukan gila kuasa pun tapi macam sedih sebab dah tak boleh lepak kat office, gosip-gosip pasal bebudak ni. haha. teruk-teruk ~
lucky draw,beli 1 so dapat pun 1 lah kan. then,ada souvenier untuk kami dari warden. terima kasih :)
btw, walaupun aku tinggal 1 sem je lagi kat asrama ni (insyaAllah) dah sebak sikit kan,huhu. tu belum lagi betul-betul nak berpisah, untuk last sem tahun depan. huu ~
oke,fokus untuk semester ni dan semester depan. aja-aja fighting ! hee ^_+
apa-apa pun untuk yang baca hasil nukilan ni dan merupakan student APUM, kat sini saya nak mintak maaf atas segala kekurangan saya. tertegur,termarah,terjeling dan semuanya lah. saya tahu saya tak dapat jalankan tanggungjawab dengan sempurna tapi hanya ini yang saya mampu. insyaAllah barisan AJK baru akan memperbaiki balik apa yang kami kurang tahun ni. harap korang semua dapat bagi kerjasama yang baik pada mereka. sama jugak macam saya,hee. dan untuk AJK baru ni,saya harap korang dapat perform yang terbaik dan lebih baik dari kitorang semua. so good luck guys ! :) 


*saya mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki tau-tau awak semua !

Jumaat, 23 September 2011

sukataksuka

SUKA warna..warni
TAK SUKA warna..hitam
SUKA..lelaki
TAK SUKA..gay ! haha
SUKA..makan
TAK SUKA..diet !
SUKA..belajar
TAK SUKA..menghafal !
SUKA..buang duit
TAK SUKA..membazir
SUKA..online
TAK SUKA..im dengan teetttt! hee
SUKA..hmm. entah.
okebai !


*saja update setelah beberapa hari tak update blog ni. bosan pulak. hee. selamat membaca ! ;)

Isnin, 12 September 2011

selalu ingat awak :)

Saya"SAVE" nama awak Dihati...saya "COPY" segala kenangan bersama awak diingatan...saya "SEND" diri awak di jiwa saya...Tapi ingatlah...saya tak pernah "DELETE" nama awak dalam kehidupan saya oke KAWAN :)

Puasanam !


Agak lama jugak aku tak update blog kan? padahal berapa hari je, hee. Harini agak menguji sikit sebab cafe tutup? Yelah..niat dah puasanam. Dan perut ni pun dah meronta nak makan nasi goreng ayam tapi jawabnya malam ni buka megi dengan air kotak jela. haih ! Sengal betul. Sukahati dia je nak tutup pukul berapa kan ! Kisah malam tadi ? RAHSIA. hee. 

Khamis, 8 September 2011

Suka Tak Suka

Orang cakap kalau kita tak mengaku tentang perasaan kita ni nanti kita akan menyesal. Bagi aku betul kot. So kat sini aku nak buat satu pengakuan yang Aku Pun Suka Kau jugak ! Itu dululah,sekarang ni aku tak pasti. Yang aku pasti sekarang hak akulah nak suka sesiapa pun kan? hee. Okebai !

Isnin, 5 September 2011

Takde Kerja !

GEDIK !
ape kau ?!

bila nak habis belajar ni.?

mulut itik yg selalu perempuan buat,x faham aku weh ! haha

MENGADA !

xpandai nak buat mulut senget ! hee

ni lg 1 perempuan suka buat. apesal aku buat x cantik huh.?? 

no idea

MENYAMPAH !

dah lama gua ngidam itu Black Berry

x lalu aku nk pandang kau dah ! 

jgn tengok ! nak termuntah dah ni,hahaoke, dah NORMAL ! hee

Sabtu, 3 September 2011

kisah raya semalam !

Plan last minute dgn Nieza nak pergi open house rumah ekin. Memula aku memang nak pergi tapi disebabkan malam rumah terbukanya so aku pun tak jadi lah pergi. Sekali lepas je aku tutup facebook mesej Nieza masuk ajak aku pergi rumah ekin. Disebabkan aku kesian kat dia takde geng nak pergi aku pun pergi jela tapi aku stay rumah nieza lah malam ni sebab dah lewat malam kan nak balik. esok baru aku balik rumah. Masa aku tengah tunggu nieza ambik aku kat Serdang, ada uncle taxi ni macam biasalah 'taxi dik?' kalau kapel2 lalu tu, dia mesti cakap 'taxi dik? nak pergi mana? hotel?'aku pun pandang lah uncle tu ngan muka pelik. apehal pulak uncle ni cakap macam tu, tak sopan gila ! lepastu uncle tu pun cerita lah ngan aku yang dia dah bawak taxi 12tahun so dia dah faham perangai bebudak zaman sekarang. Uncle cerita pernah ada kapel tanya uncle ni budget hotel murah kat mana? so uncle tu bawaklah pergi hotel 1 jam rm12 kalau tak silap aku. Aku pun terkejut mendengarnya ni. Uncle tu india tau pastu dia boleh cakap 'astaghfirullah' ape semua. lagilah aku pelik! haihh. Dia cakap takde ape yang luarbiasa dah kat dunia ni..aku pun hanya mampu tersenyum jelah,huhu. btw, thanks to nieza sebab sudi bawak aku jenjalan eh ! hee :)

Khamis, 1 September 2011

J u a d a h !

Malam sebelum bertolak balik ke KL, singgah rumah Mak Teh makan malam. Mak Teh tengah buat bebola ikan untuk buat mee apa entah esoknya. Lauk yang dimasak simple je, ikan goreng, sambal belacan dengan ikan masin. simple ! Siapa cakap tak sedap makan lauk tu je? weh, sedap apa. Rasa macam nak tambah nasi tapi malulah pulak lagi satu tak tahan sambal belacannya. Power kot sampai berair hidung ni, haha. Apapun, Terima Kasih !